Monday, February 28, 2011

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Felda 2011..

Assalamualaikum w.b.t penulis ucapkan kepada semua warga SMKSA..pada 19 Februari 2011 yang lepas,SMKSA telah menghantar wakil peserta-peserta yang dikendalikan oleh Ust.Abdullah ke majlis Perarakan Sambutan Maulidul Rasul peringkat Felda Bukit Besar bertempat di Masjid Felda Bukit Besar..para peserta terdiri daripada 40 orang pelajar kelas KAA..berikut merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang program tersebut..


untuk sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah,ianya akan diadakan pada 23 Mac 2011..diharapkan semua warga SMKSA dapat turut serta..pemberitahuan mengenai tentatif program tersebut akan diumumkan nanti..wassalam..

Wednesday, February 2, 2011

Assalamualaikum 2011..


Assalamualaikum pada semua warga SMKSA..untuk catatan pembuka untuk tahun 2011 nii,pihak penulis belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat kembali menuntut ilmu kepada warga pelajar SMKSA dan kepada tenaga2 pengajar SMKSA,selamat kembali mencurahkan ilmu kepada putera puteri pertiwi..

Untuk tahun 2011,pihak SMKSA telah menerima 5 orang GSST,yang mana 2 daripadanya merupakn GPI..2 orang GPI tersebut ialah Ust.Abdullah bin Zainal dan Ustazah AemyLiza Bt. Minhat..Ust.Abdullah bin Zainal berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian (Pend.Islam) dari UKM,manakala Ustazah AemyLiza Bt. Minhat berkelulusan ijazah Sarjanamuda Sains Maklumat dengan Pendidikan dari UTM Skudai..


dari kiri:Ustazah Aemyliza Bte. Minhat & Ustaz Abdullah Bin Zainal

semoga kehadiran 2 GPI yg baru ini mewarnakan lagi suasana persekolahan di SMKSA yg tercinta ini..

Akhir kalam,setakat ini sahaja dulu yg penulis sempat catatkan..yg baik datang dari Allah Ta'ala,yg buruk daripada kelemahan penulis sendiri..wassalam..