Monday, August 31, 2009

Erti Kemerdekaan menurut Islam





Apa Erti kemerdekaan menurut Islam


Individu bebas buat sesuatu selagi tidak bertentangan batasan syarak
KEMERDEKAAN dalam konteks negara adalah bebas daripada kuasa penjajahan. Negara merdeka diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat negara itu. Kemerdekaan adalah harta paling mahal bagi sebuah negara dan rakyatnya. Kita harus bersyukur kerana sudah bebas daripada belenggu penjajah sejak 50 tahun lalu.

Kemerdekaan mengikut takrif Islam pula ialah kebebasan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang. Setiap individu berhak melakukan apa yang mendatangkan kebaikan kepadanya. Kebebasan itu tidak pula mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, individu dan pihak lain.

Islam melihat erti kemerdekaan meliputi soal kenegaraan dan individu. Negara yang merdeka, tetapi rakyatnya terbelenggu dengan pelbagai masalah, dikuasai pemikiran dan cara hidup, sebenarnya masih belum merdeka. Begitu juga jika rakyat bebas melakukan apa untuk dirinya, tetapi negara masih dijajah, maka tidak bererti sepenuhnya.

Islam mengamalkan dasar merdeka kerana tidak ada individu atau pihak yang perlu tunduk kepada telunjuk individu atau pihak lain, melainkan hanya kepada Allah semata-mata. Hubungan sesama manusia hanyalah dengan maksud saling membantu, saling mendapat manfaat dan melaksanakan hak bagi individu atau pihak yang terbabit. Tiada individu atau pihak lain boleh bertindak sebagai penguasa atau penjajah terhadap yang lain.


Hakikatnya, semua manusia adalah hamba kepada-Nya. Manusia diberi hak kemerdekaan dalam urusan kehidupan, yang mempunyai kaitan dengan konteks takwa. Dengan kata lain, kebebasan manusia adalah kebebasan bersyarat.

Islam melarang sebarang bentuk tindakan penganiayaan, keganasan, penguasaan tidak pada hak, perhambaan, fahaman taksub dan mempercayai perkara karut marut. Erti dan nilai kemerdekaan yang dibawa Islam dapat dilihat dengan ketara dalam masyarakat Arab Jahiliah selepas ketibaan Islam.

Masyarakat Arab yang bergelumang dengan norma kehidupan ‘binatang’ sudah bertukar kepada nilai insan yang luhur dan merdeka daripada kebatilan hasil kemerdekaan hidup dibawa dalam ajaran Islam.

Nur Islam menerangi manusia ke jalan kemerdekaan sesuai dengan fitrah manusia. Manusia ingin hidup bebas tetapi kebebasan itu sering merosakkan kehidupan. Justeru, ajaran Islam memberi panduan erti kemerdekaan yang seharusnya diikuti untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Islam membawa kesempurnaan dan rahmat keseluruhan alam tanpa dilakukan secara paksaan. Manusia bebas dan merdeka sepenuhnya untuk memilih cara hidup dalam soal kepercayaan atau agama. Tegasnya, Islam tidak memaksa semua orang menerima ajarannya.

Sesiapa yang mendapat nur Islam, ia dilakukan dengan kerelaan sendiri. Tidak ada dalam sejarah penyebaran Islam dilakukan secara paksa. Islam mempertahankan konsep kemerdekaan yang memberi peluang setiap hamba-Nya menentukan kepercayaan di dunia ini.

Ketika Rasulullah SAW membuka kota Makkah, seluruh penduduknya diberi pilihan untuk menerima Islam atau terus kekal dalam agama asal. Bahkan, Rasulullah SAW memberi pengampunan dan membebaskan individu yang sebelum itu memusuhi dan melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap Baginda.

Islam disebarkan dengan keyakinan tauhid berdasarkan kepada ia agama terbaik untuk seluruh umat. Kemanisan iman hanya dikecapi jika dilakukan dengan kerelaan dan kesedaran. Islam mengamalkan konsep kemerdekaan secara menyeluruh terhadap penganut agama lain dalam soal penerimaan agama Islam.

Hakikat kemerdekaan yang diamalkan umat Islam dipandang tinggi, sempurna dan bertepatan dengan naluri manusia. Keluasan ajaran Islam menjadi faktor mengapa Islam mudah diterima di seluruh pelusuk dunia.

Kemerdekaan dalam Islam membawa amalan keterbukaan dan menghormati hak individu. Segala urusan pemilikan dan kekuasaan dilakukan secara adil. Malangnya, semakin jauh Islam dikembangkan, penghayatan terhadap kemerdekaan dalam Islam sudah diselewengkan. Umat Islam hanyut dalam kemerdekaan dikurniakan Allah.

Kebebasan diberikan disalahgunakan sehingga terkeluar daripada ajaran Islam sebenar. Sikap tamak dan ingin menguasai sesuatu dengan tanpa hak mula menguasai gaya hidup umat Islam.

Kebebasan membuat pilihan membawa perpecahan dalam umat Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam mula berpecah dan bermusuhan sesama sendiri. Proses peralihan kuasa daripada seorang khalifah kepada khalifah lain mencetuskan permusuhan.

Nabi Muhammad SAW tidak melantik atau mewasiatkan siapa harus menggantikan Baginda adalah tanda keterbukaan dan kebebasan memilih dalam soal kepimpinan dan hal lain bersangkutan kepentingan umat Islam.

Kebebasan sepatutnya menambah kekuatan kerana dapat membuat pilihan terbaik. Keterbukaan dan kemerdekaan fikiran harus dijadikan teras kepada penghayatan ajaran Islam. Jangan mengheret orang lain kepada pemikiran jumud, taksub dan ekstrem.

Setiap orang bebas memberi cadangan dan melakukan apa yang terbaik. Ajaran Islam memberi kebebasan bagi umatnya melakukan sesuatu bersesuaian dengan naluri, selagi tidak bertentangan batasan syariat.

Sifat kesyumulan Islam untuk seluruh umat manusia. Islam memayungi seluruh umat manusia sehingga ke hari kiamat. Sebab itu konsep kebebasan dan kemerdekaan memberi ruang yang luas untuk manusia melakukan apa diperlukan. Setiap bangsa dan manusia pada zaman berbeza memerlukan sesuatu yang berbeza.

Hal ini jelas dalam membuktikan keluasan rahmat Allah. Manusia bebas melakukan usaha untuk kebaikan. Islam menggalakkan setiap umatnya mencipta kejayaan dan kecemerlangan berdasarkan kepada nilai kemerdekaan yang diberikan.

Sesungguhnya apa yang manusia lakukan adalah untuk dirinya sendiri. Allah tidak mendapat keuntungan atau kerugian atas apa yang dilakukan hamba-Nya. Allah memberi pembalasan bersesuaian dengan apa yang dilakukan setiap orang.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.” – (Surah an-Nisa, ayat 124)

Seseorang akan mendapat kemerdekaan sebenar jika menghayati ajaran Islam. Islam memberi panduan membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Sesiapa berpandukan kepada ajaran Islam pasti tidak akan sesat di dunia dan bakal mendapat kejayaan di akhirat.

Dicatat oleh Idris Bin Saleh : http://bmmaya.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


MENYAMBUT RAMADHAN
1. Memperbanyakkan doa, Memperbanyak doa agar :
a. Allah SWT memberi kesempatan kita untuk bertemu Ramadhan.
b. Saat bertemu Ramadhan kita dalam keadaan sihat wal ‘afiat.
c. Kita bersemangat dalam mengisi Ramadhan dengan berbagai amal shalih.
d. Kita dihindarkan dari berbagai hal yang akan mengganggu ibadah di bulan Ramadhan.

Saat baginda saw melihat munculnya hilal yang menjadi pertanda awal bulan, baginda berdo’a:
Dari Ibnu Umar ra ia berkata: Rasulullah saw jika melihat hilal beliau bersabda: Allah Maha Besar, ya Allah, jadikanlah hilal ini hilal yang membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, serta taufiq kepada segala hal yang dicintai dan diridhai Tuhan kami, Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi, redaksi yang dipergunakan adalah redaksinya, juga diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan dinilai shahih olehnya).
Diriwayatkan juga bahwa saat Ramadhan tiba, beliau saw berdo’a:
Ya Allah, selamatkan ku untuk Ramadhan dan selamatkan Ramadhan untukku dan selamatkan dia sebagai amal yang diterima untukku (H.R Ath-Thabarani dan Ad-Dailami).

Setelah kita berdoa dan doa kita dikabulkan Allah SWT, hendaklah kita istiqamah (konsisten) dengan apa yang kita minta serta tidak mengikuti jalan orang-orang yang tidak berilmu, sebagaimana tersebut dalam cerita nabi Musa dan Harun as. Allah SWT menceritakan kejadian itu dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui”. (Q.S. Yunus: 89).

2. Memperbanyak pujian dan syukur kepada Allah SWT yang telah memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu Ramadhan.
Imam Nawawi berkata: disunatkan bagi siapa saja yang mendapat kenikmatan baru yang tampak jelas atau bagi yang terhindar dari cubaan yang tampak jelas untuk melakukan sujud syukur atau memperbanyak pujian kepada Allah.
Dan merupakan kenikmatan terbesar saat kita mendapatkan taufiq untuk melakukan ketaatan, dan saat kita memasuki Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat adalah sebuah kenikmatan besar yang patut kita ekspressikan dengan memperbanyak pujian dan rasa syukur kepada Allah SWT.

3. Bergembira dan ceria atas kedatangan Ramadhan.
Tersebut dalam hadis bahwa Rasulullah saw menyampaikan berita gembira kepada para sahabat tentang kedatangan bulan Ramadhan.
Dari Abu Hurairah ra ia berkata: Rasulullah saw saat Ramadhan tiba bersabda: Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, Allah telah wajibkan atas kalian puasa di siang harinya, pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syetan-syetan dibelenggu, pada bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang dari kebaikannya berarti ia telah benar-benar terhalang (H.R. Ahmad).
Begitu juga para salafush-shalih, mereka menampakkan ekspresi kegembiraan yang tak terkira bila bulan Ramadhan tiba.

4. Menyusun perancangan yang baik untuk pengisian Ramadhan.
Banyak orang menyusun perancangan untuk urusan dunianya, namun, sering sekali lupa menyusun jadual yang baik untuk akhiratnya. Ini pertanda bahawa mereka belum memahami dengan baik tujuan hidupnya. Kerananya, banyak peluang kebaikan luput dari mereka.Ramadhan banyak menjanjikan berbagai kebaikan, selayaknya bila seorang muslim memiliki perancangan ia akan mengisi ramadhanya sebaik mungkin.

5. Tekad dan azam yang sungguh-sungguh untuk pengisian Ramadhan.
Siapa yang berazam dengan sesungguhnya kepada Allah SWT nescaya dia akan sungguh-sungguh pula dalam merealisasikan tekadnya serta memberi pertolongan kepadanya untuk berbuat taat dan memudahkan berbagai jalan kebaikan. Allah SWT berfirman:
Tetapi jika mereka benar (imannya) terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. (Q.S. Muhammad: 21)

6. Ilmu dan pemahaman yang baik terhadap hukum-hukum puasa Ramadhan.
Adalah kewajiban setiap mukmin untuk beribadah kepada Alalh SWT atas dasar ilmu dan pemahaman, dan tidak ada alasan untuk tidak mengetahui kewajipan-kewajipan yang telah Allah SWT fardhukan atas hamba-hamba-Nya. Termasuk dalam hal ini adalah puasa Ramadhan. Kerananya, seyugiyanya setiap muslim mengetahui masalah-masalah puasa dan hukum-hukumnya sebelum bulan puasa itu datang, agar puasa yang dia lakukan menjadi sah dan diterima di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman:
Maka bertanyalah kepada ahli dzikir jika kalian tidak mengetahui (Q.S. Al-Anbiya’: 7).
7. Bertaubat
Tekad yang kuat untuk meninggalkan dosa dan keburukan, serta taubat yang benar dari segala kemaksiatan, mencabut diri darinya serta tidak akan kembali kepadanya, sebab bulan Ramadhan adalah syahrut-taubah (bulan taubat), oleh karena itu, siapa saja yang tidak bertaubat pada bulan ini, bila lagi kita akan bertaubat?
Sumber : edit dari http://azayaka.wordpress.com

Wednesday, August 12, 2009

Perbahasan Dalam Bahasa Arab "Almunadharoh"



Perbualan bahasa arab...

Khas untuk pelajar KAA,sila lihat,dengar dan cuba apa yang ditayangkan ini,mudah-mudahan anda tidak malu bertutur dalam bahasa arab..

value="http://www.youtube.com/v/Drlmd2g1u6Y&hl=en&fs=1&">

Andai kita tahu bila ia kan tiba....

DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNG


Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah.Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar.Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.

Betapa nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan air mata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini.Bagaimanakah keadaan kita, adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Perbualan Menarik..Bahasa arab KAA

Cuba fahami dan renungkan laras bahasanya...ringkas tapi menarik...

Sumber : DR Wan Rusli UIA

Tuesday, August 11, 2009

Bait Syair Kebanggaan Arab....


TIADA YANG DILAHIRKAN TERUS BERILMU

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.


BUKAN SEMUA SAMA

" Bukan semua yang putih itu lemak,dan bukan segala yang hitam itu arang !"


NILAI ILMU DAN KEDUDUKAN GURU


Ilmu adalalah sebaik apa yang dicapai tangan... begitu besar tangan (jasa) guru ku ke atasku.
Nyawaku taruhan bagi guruku, kerana dialah jernihnya kehidupanku.
Dialah merawatku daripada penyakit jahil... yang tiada dapat dilakukan oleh doktor yang agong.
Ilmu ibarat rumah dan guru umpama tangga.. dari mana lagi ingin ke rumah kalu tidak melalui tangganya ? Maka ketahuilah hak seorang guru kerana dengan bantuannya dikau mengenali kebenaran ketika remaja. Ilmu itu kalau engkau insafi, engkau tiada dapat menyamakannya dengan barangan dunia yang hilang dan lesap.
sumber :http://wanrusli.net

Istamu Jaiidan...



Teka Teki Arab,Unzuru,wa ajib!...kullaha..

Sepuluh Wasiat Imam Shafei RA

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiatkepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialahkandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkandunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluhperkara."

1: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkanpercakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkankemaafan dari orang yang kita zalimi, membuatpersediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3 : HAK KEPADA KUBURIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencingmerata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud danmembantu orang yang dizalimi.


4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dannasihat menasihati.


5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dansanggup menanggung kesusahan.


6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARIAKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, sukamembantu orang beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepadaibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi danmemperelok akhlak.
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9: HAK KEPADA NABI SAWIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, danbersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
YA ALLAH,anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepadaMU,yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadaMU,dan anugerahkanlah ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMU,anugerahkanlah pula keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini.terimalah,YA ALLAH....Terimalah...
Sumber :http://yarabbana.blogspot.com

Monday, August 10, 2009

Perbendaharaan Bahasa Arab

أَفْعَالٌ مَاضِيَةٌ - فِي مَدْرَسَةٍ

نَامَ تيدور اسْتَيْقَظَ باغون ...ذَهَبَ فرضي رَجَعَ فولغ
دَخَلَ ماسوق خَرَجَ كلوار...دَرَسَ بلاجر دَرَّسَ مغاجر
سَأَلَ تاث أَجَابَ جواب...عَلِمَ تاهو جَهِلَ جاهل
فَتَحَ بوك غَلَقَ توتوف ...قَرَأَ باخ عَدَّ مغيرا
كَتَبَ توليس مَحَا فادم...نَظَرَ ليهت سَمِعَ دغر
نَجَحَ برجاي فَشَلَ ضاضل...نَالَ خافاي حَصَلَ دافت.
هؤُلاَءِ أَفْعَالٌ مَاضِيَةٌ


Sumber : USTAZ HJ. ABDUL RAZALI BIN BACHOK@ ABD RAHMAN

Tuesday, August 4, 2009

Aktiviti Jadual anjal PMR 2009

Pelajar 3USM berbincang....
Farhan mencari jawapan..
Pelajar 3UM sedang melakukan ujian matematik
Kumpulan pelajar 3USM tekun berbincang MT

Penyakit berjangkit menurut pandangan Islam



Mukaddimmah

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda: فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini: لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

Nabi saw bersabda: لا يوردن ممرض على مصح

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)

Nabi saw bersabda: كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda:

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata: أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab: لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda: لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.

Sumber:http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/wabak-dan-penyakit-berjangkit-menurut.html

Sunday, August 2, 2009

Kita dimana?



Buat semua anak didik SMKSA Hayatilah!!