Monday, February 28, 2011

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Felda 2011..

Assalamualaikum w.b.t penulis ucapkan kepada semua warga SMKSA..pada 19 Februari 2011 yang lepas,SMKSA telah menghantar wakil peserta-peserta yang dikendalikan oleh Ust.Abdullah ke majlis Perarakan Sambutan Maulidul Rasul peringkat Felda Bukit Besar bertempat di Masjid Felda Bukit Besar..para peserta terdiri daripada 40 orang pelajar kelas KAA..berikut merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang program tersebut..


untuk sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah,ianya akan diadakan pada 23 Mac 2011..diharapkan semua warga SMKSA dapat turut serta..pemberitahuan mengenai tentatif program tersebut akan diumumkan nanti..wassalam..

Wednesday, February 2, 2011

Assalamualaikum 2011..


Assalamualaikum pada semua warga SMKSA..untuk catatan pembuka untuk tahun 2011 nii,pihak penulis belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat kembali menuntut ilmu kepada warga pelajar SMKSA dan kepada tenaga2 pengajar SMKSA,selamat kembali mencurahkan ilmu kepada putera puteri pertiwi..

Untuk tahun 2011,pihak SMKSA telah menerima 5 orang GSST,yang mana 2 daripadanya merupakn GPI..2 orang GPI tersebut ialah Ust.Abdullah bin Zainal dan Ustazah AemyLiza Bt. Minhat..Ust.Abdullah bin Zainal berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian (Pend.Islam) dari UKM,manakala Ustazah AemyLiza Bt. Minhat berkelulusan ijazah Sarjanamuda Sains Maklumat dengan Pendidikan dari UTM Skudai..


dari kiri:Ustazah Aemyliza Bte. Minhat & Ustaz Abdullah Bin Zainal

semoga kehadiran 2 GPI yg baru ini mewarnakan lagi suasana persekolahan di SMKSA yg tercinta ini..

Akhir kalam,setakat ini sahaja dulu yg penulis sempat catatkan..yg baik datang dari Allah Ta'ala,yg buruk daripada kelemahan penulis sendiri..wassalam..

Saturday, May 15, 2010

Sambutan Hari Guru...Hadiah Istimewa Untuk Penulis...



Salam,

Selamat Hari Guru untuk semua guru SMKSA 2010.Tiada apa yang dapat dinukilkan selain hanya Ucapan sahaja.sesungguhnya jasa kalian amat dihargai oleh semua penduduk langit dan bumi.Buatlah lah yang terdaya dan terbaik untuk anak-anak didik kita wahai rakan guru sekelian,sesungguhnya penilaian keikhlasan sebenar hanya dinilai oleh yang Maha Kuasa..Mudah-mudahan anak-anak didik kita menjadi hamba yang terbaik pada khaliknya dan insan yang berguna didunia...

Mungkin di hari guru nanti,ramai guru yang mendapat penghargaan dari anak muridnya...pelbagai hadiah dan kad ucapan diperolehi..semuanya menghargai guru..adakah kita layak dihargai??..sama-samalah kita muhasabah diri...

Rahmat ALLAH pada penulis tahun ini ialah anugerah yang tidak terhingga nilainya..
Hadiah yang amat dinantikan setelah beberapa tahun menunggu...ahli baru dialam semesta akan muncul dalam keluarga penulis pada hari sambutan tersebut...Ahlan wasahlan ya Ibni...nahnu nantaziruka....

Disini penulis sertakan You tube kisah guru...moga kita jadi guru yang sebenar..
"SELAMAT HARI GURU"

Sunday, May 9, 2010

Kem Pengukuhan Solat 2010
















Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kepada sesiapa yang melayari blog ini,dimaklumkan bahawa aktiviti dakwah yang telah diberi dana oleh KPM&JPNJ adalah program pengukuhan solat untuk pelajar terpilih dari kalangan tingkatan satu dan dua.40 orang telah dipilih oleh guru Pend.Islam tingkatan masing-masing.
Antara kriteria yang telah ditentukan untuk pemilihan pelajar untuk program ini ialah :
1.Pelajar yang tidak pernah solat.
2.Pelajar yang solat tapi tidak penuh lima waktu.
3.Pelajar yang lemah atau tidak tahu bacaan dalam solat.
4.Pelajar yang lemah sahsiahnya.
Kem pengukuhan solat SMKSA telah diadakan pada 2 hari yang lepas.Semua guru pend.Islam SMKSA telah memberikan komitmen yang tinggi dan mengharapkan ia mencapai objektif yang telah ditentukan.Ia berlagsung seperti berikut :
Tarikh : 8 Mei 2010(sabtu)
Masa : 8.00pg-5.00ptg
Tempat : Surau At-Taufiq SMKSA
Dalam sesi selama sehari ini,para guru telah mengembeling tenaga dan kemahiran untuk memberi sebaik mungkin maklumat dan tunjuk ajar agar pelajar yang dipilih ini jelas dan faham kaifiat solat,hikmahnya,tatacara dan adab bersolat.Pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan fasilitatornya adalah guru-guru yang telah ditentukan.Aktiviti ini akan berterusan sehingga 8 minggu seperti mana yang telah diarahkan.
Setiap minggu ia akan dipantau oleh fasilitator masing-masing dan para peserta ini perlu mengisi borang instrumen kekerapan solat setiap hari. Bagi peserta yang benar menunaikan solat sepenuhnya sepanjang 8 minggu dinilai, ia akan diberikan hadiah,begitu juga yang ada peningkatan dari segi bacaan dalam solat dan perubahan sikap. Seterusnya natijah terakhir akan dihantar ke JPNJ.
Program ini telah mendapat dokongan yang padu dari pihak pentadbiran sekolah.Buktinya TnHaji Norhaimi Bin Abdullah telah sudi memberi ucapan perasmian penutup untuk program pada hari tersebut.Moga apa yang dirancang mendapat redha ALLAH jua..


Mesyuarat AJK Surau Kali pertama..











Surau At-Taufiq adalah unit penggerak kepada aktiviti dakwah SMKSA.Ia adalah sebuah institusi yang mana berperanan mendedahkan pelajar kepada praktikal beribadah khususnya berwudu', solat dan lain-lain.Memandangkan ia perlu diurus dengan baik,pihak sekolah berbesar hati mewujudkan jawatankusa bagi menguruskan surau tersebut.Ajk ini terdiri dari kalangan pelajar dan dibimbing oleh guru penasihat.Guru yang telah dilantik adalah Ustazah Siti Hajar Bt Hasim yang mana beliau mengambil alih dari Ustaz Ahmad Jamil Bin Haron sebelumnya.
Mesyuarat ini diadakan :
Tempat : Surau At-Taufiq SMKSA
Masa : 3.30 petang
Tarikh : 23.4.2010 (jumaat)



Solat Hajat dan Tahlil Arwah..








Salam,


Kepada pelayar yang sudi ziarah blog ini,nak maklumkan bahawa aktiviti dakwah pada 7.5.2010 (jumaat) yang lepas adalah solat hajat dan tahlil ringkas untuk almarhum salah seorang murid tingkatan 2 SMKSA telah meninggal dunia kerana lemas 2,3 hari yang lalu.Semua pelajar dan guru-guru sama-sama bersolat dan bertahlil.Sesungguhnya aktiviti pengisian begini amat baik dan berkesan bagi membentuk peribadi setiap muslim yang sentiasa ingat,tunduk dan patuh pada ketentuan ALLAH.moga apa yang dilakukan ini mendapat rahmat dan keberkatan darinya jua..


Thursday, May 6, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah Tingkatan Tiga 2010

Pihak Panitia Pend.Islam,khususnya unit dakwah amat berterima kasih kepada pimpinan pentadbiran SMK Sultan Alauddin kerana telah mengizinkan unit dakwah untuk menganjur dan mengadakan kursus pengurusan jenazah untuk para pelajar tingkatan tiga tahun 2010 ini. butirannya ialah :

Tarikh : 30 April 2010 (jumaat)
Masa : 8.00pg - 10.10pg
Tempat : Dewan dan Surau sekolah
Penceramah Jemputan : Ustaz Fadzil bin Sohar & Ustazah Zalilah Bt Sulaiman
(Pegawai pejabat agama Kota Tinggi,Johor)

Antara Objektif Kursus ini diadakan ialah untuk :
1.Melahirkan insan yang peka dan patuh pada tuntutan fardhu kifayah.
2.Mendedahkan kepada semua peserta tentang kaifiat pengurusan jenazah yang
betul dan jauh dari kepercayaan tahyul dan khurafat.
3.Memenuhi tuntutan sukatan pelajaran tingkatan tiga yang membicarakan
pengurusan jenazah.
4.Memberi pemahaman sebenar tentang pengurusan jenazah seterusnya dapat diaplikasikan
dalam kehidupan dan dapat menjawab PMR dengan yakin dan cemerlang.