Salam semua untuk yang sudi menjengok ke blog ini,
Akhir-akhir ini,mood penulis untuk mengedit dan menulis dlm blog ini agak menurun.Penulis agak sibuk memenuhi tuntutan kerja yang semakin hari semakin bertali arus.Mungkin kesempatan ini ingin penulis maklumkan aktiviti dakwah minggu lalu ialah :
Bacaan yasin kemudian disusuli oleh alunan Marhaban yang di ketuai oleh En.Hamzah Bin Haji Din,pada hari jumaat yang lalu .Semua guru dan pelajar sama-sama mengalunkan Marhaban menandakan kasih dan sayang pada Rasulullah.Majlis ini bersempena Sambutan Aidilfitri peringkat SMKSA 2009,susulan itu juga para guru sama-sama menyediakan juadah dari rumah dan dimakan bersama-sama semasa waktu rehat.
Diharapkan sambutan sebegini memberi makna yang besar dalam meraikan hari perayaan dalam islam dan mengeratkan ukhwah persaudaraan sesama warga SMKSA.
Assalamualaikum semua yang sudi mengikuti blog ini..
Hari ini barulah penulis sempat untuk mengupdatekan catatan dlm blog ini,agak lama blog ini tidak memaparkan maklumat terkini..
Penulis terkenangkan salah seorang pelajar yang penulis sempat bersamanya dan mungkin sedikit mencurah pengetahuan kepada beliau sebelum beliau pulang kerahmatullah.Kenangan bersamanya masih segar dlm ingatan penulis.
"Siapa nak beli buku nota Pend.Islam PMR? mudah-mudahan buku ini blh membantu kamu semua untuk menjawab soalan nanti",tanya penulis kepada semua pelajar 3USM..serta merta salah seorang dari mereka mengangkat tangan,"Syazwan Satiman! awak nak beli?" Ya Ustaz..diantara ramai yang belum membeli buku tersebut, beliaulah yang berminat membelinya dengan duit raya yang beliau kumpulkan tempohari.
Tidak disangka,itulah pertemuan terakhir penulis bersama beliau,seingat penulis beliau adalah seorang yang periang,mesra namun lebih bersifat pendiam.Tersengih bila disapa,juga menampakkan gigi bila dimarah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah,juga mengukir senyuman bila disindir,beliau bukanlah pelajar yang tidak beradab tapi lebih kepada mengikut lagak dan laku kawan setingkatan.
Kenangan bersama beliau penulis nukilkan kerana,beliau juga adalah penunjuk jalan bila penulis dengan Cikgu Ahmad Husaini ingin memancing pada hari minggu dua tiga bulan yang lepas di sungai Rantau Panjang,beliau bersama Nuriman siap menunggu di pengkalan dan menunjukan tempat-tempat yang baik untuk memancing..
Terasa hiba dan pilu,bila orang yang kita kenal dan pernah bersama walaupun hanya beberapa ketika tiba-tiba meninggalkan kita....beliau terlalu muda untuk disoal oleh Mungkar dan Nakir,terlalu cepat tempoh masa hidup dan akan dihisab di Mahsyar nanti.Itu lah yang mungkin menerjah bilamana berita kematian beliau sampai pada pengetahuan penulis..
MaasyaALLAH,Innalillahi Wainna Ilaihi rajiuun..ajal telah menjemput beliau..bila pula akan sampai giliran kita,ajal tidak mengenal usia,pangkat,kemewahan,senang atau susah,jika ia datang pasti jasad dan ruh akan terpisah,alam dunia menjadi kenangan,alam barzakh tempat menunggu dan akhirat adalah tempat perhitungan dan kekal abadi.Hari ini berlalu sudah PMR,berlalu juga kenangan bersama beliau yang juga calon PMR,kertas Pend.Islam sempat beliau duduki,mungkin itulah pencapaian yang paling akhir beliau tinggalkan.Sama-samalah kita tunggu keputusan PMR beliau walaupun tak sempat kepenghujungnya.
Semua warga SSA amnya dan pelajar-pelajar SSA khasnya,ambillah ini sebagai iktibar untuk terus menjalani hidup ini dengan taat dan patuh pada perintah ALLAH,kita tidak akan kekal didunia ini,janji ALLAH tetap akan terlaksana, yang hidup pasti akan mati,hanya menunggu ketika dan saatnya sahaja.
Buat keluarga Allahyarham salam takziah atas pemergianya,Doa kita moga Ruhnya dibawah naungan rahmat ALLAH,segala amal semasa hidup diterima dan diberi ganjaran selayaknya.Akhirat kata, marilah kita hadiahkan AL-FATIHAH untuknya..entah bila pula giliran kita?