Tuesday, February 23, 2010

Majlis Penutup Minggu Tahbibullughah

Assalamualaikum Warahmatullah...

Kepada pelayar blog ini,gambar-gambar in adalah rentetan dari program penutup Minggu Tahbibullughah SMKSA untuk tahun 2010.
Sedikit makluman program tersebut ialah,program ini telah dijalankan oleh Ustazah Suzan Shamsudin diperingkat awalnya,namun oleh kerana beliau dapat berpindah ke Pahang,program diteruskan oleh warga Panatia Bahasa Arab dan P.Islam, mereka yang terlibat ialah Ustazah Haryani Bt Tukiran,Ustaz Ahmad Jamil Bin Haron,Ustazah Wan Shuherda Fadilla dan Ustaz Muhamad Azran Bin Mustafa.Program penutup ini telah berlangsung pada 13.02.2010 (jumaat) sebelum cuti Tahun Baru Cina yang lalu.Semua pelajar KAA dari setiap tingkatan dijemput bersama-sama dalam majlis tersebut.Antara aturcaranya ialah :
1.Bacaan Doa
2.Ucapan Penyelaras KAA
3.Ucapan Penolong Kanan HEM SMKSA(En.Mohamed Rozi Bin Ali)
4.Persembahan pelajar
5.Penyampaian Hadiah
6.Penutup










Thursday, February 4, 2010

Hayya Nabda' bi tahbibil Lughah...

Ahlan wasahlan bikum......
Ucapan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan satu 2010,khasnya pelajar aliran KAA.Aktiviti tahbibul Lughah telah dijalan sepanjang bulan ini dengan bimbingan Ustzh Suzan Bt Shamsudin.Taaruf,perbualan dalam bahasa arab,mengenali nama tempat, arah,bertanya khabar dan lain-lain lagi telah didedahkan kepada mereka sebagai pelajar aliran KAA yang akan belajar bahasa arab.Semoga dengan program tersebut,mereka akan dapat menerima bahasa arab sebagai subjek penting kepada mereka sepanjang berada di SSA.










Kumpulan pelajar yang dibimbing untuk berkomunikasi oleh Ustzh.Suzan









Berbual secara kumpulan,dan perbualan secara berpasangan, aktiviti ini dijalankan dikantin sekolah.

Budaya Al-Quran Setiap Jumaat











Ini adalah aktiviti rutin pada setiap jumaat bagi SMK Sultan Alauddin, antara aktiviti yang di susun sepanjang tahun ini ialah :
1) Solat Hajat
2) Bacaan Yasiin
3) Bacaan Ma'thurat
Semua aktiviti ini dijalankan secara bergiliran minggu demi minggu sepanjang tahun.Semua pelajar dan guru sama-sama beraktiviti pada hari tersebut.Gambar yang dipaparkan ini adalah rakaman pada minggu lepas,yang mana sesi tahlil juga di adakan khas untuk Kebawah Duli Almarhum Sultan Iskandar,kerana kemangkatan baginda pada minggu sebelumnya.Semoga ALLAH merahmati baginda Almarhum..itu doa dari kami warga SMKSA..Amiinnn...

Berita bulanan yang tertangguh

Antara aktiviti dakwah yang rutin dijalankan untuk pelajar SMK Sultan Alauddin adalah Aktiviti Amali Solat,ia dijalankan pada setiap hari persekolahan bagi setiap Tingkatan kecuali hari jumaat.
Aktiviti ini dibahagikan kepada dua bahagian.Bagi pelajar yang boleh solat khususnya pelajar perempuan,mereka kekal disurau manakala yang uzur akan berada dikantin dan akan diuruskan oleh guru GPI wanita.Sesi tazkirah telah dibuat perubahan masa,sebelum ini tazkirah ketika habis solat,tetapi untuk tahun 2010 ini sesi tazkirah dijalankan sebelumnya.Antara guru yang bertugas untuk sesi ini pada setiap hari adalah penulis sendiri dan Ustz Muhammad Azran Mustafa dan dibantu oleh GPI yang lain.Diharapkan amali solat pada tahun ini akan memberi manafaat yang besar untuk pelajar SMK Sultan Alauddin dan sebagai satu pengisian amat bermakna ketika mereka disini.

Tuesday, January 5, 2010

Khabar cemerlang PMR 2009

Salam semua!
Tahun 2009 mencatatkan kejayaan yang cemerlang kepada SSA amnya dan beberapa pelajar dari KKA khasnya.Mereka mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mereka juga antara pelajar yang banyak mendapat A dlm subjek yang lain.











Sesi bergambar bersama pengetua Siti Arbaiyah Bt Abdul Jabar









Nur Aisyah Bt Mohamad Kamil

Sunday, January 3, 2010

Kembali bertugas setelah sebulan bercuti...

Salam kepada semua pelayar blog ini....
Mulai 28.12.2009 yang lalu aktiviti & tugas rutin kembali menjelma.Sesi persekolahan akan bermula pada 04.01.2010.Guru-guru mula menghadiri mesyuarat yang telah ditentukan tarikh dan mencakupi pelbagai bidang antaranya:
1.Pengurusan dan pentadbiran
2.Pengurusan akademik
3.Pengurusan HEM
4.Pengurusan KOKU

Bagi pihak KAA dan P.Islam Khususnya,serta sekolah amnya telah kehilangan dua orang guru yang berdedikasi.Ustazah Azlina Binti Abdul Latif dan Ustaz Abdul Aziz Bin Haji Omar.Masing-masing telah berpindah ke Shah Alam dan Sekolah Agama T6 Kluang,ini menyebabkan KAA dan P.Islam ketandusan guru Bahasa Arab yang berpengalaman dan guru P.Islam yang komited dengan tugasnya. Semoga penghijrahan mereka berdua di tempat yang baru akan beroleh kesejahteraan dan rahmat ALLAH.

KAA dan P.Islam juga berasa gembira sepertimana pepatah melayu menyebut patah tumbuh hilang berganti,SSA telah didatangi guru baru dan tetap bagi menggantikan Ustazah Azlina Binti Abdul Latif dan Ustaz Abdul Aziz Bin Haji Omar,mereka ialah :
1.Ustazah Hasliza Binti Abu Bakar
2.Ustazah Zakiati Bin Zakaria
Kedua-duanya berasal dari Kelantan,dan kita ucapkan 'Ahlan Wasahlan wamarhaban Bikum",selamat bertugas di SSA serta diharapkan mereka dapat mencurah bakti tanpa letih dan jemu.

Disamping itu juga,Pihak KAA dan P.Islam mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru Tingkatan satu 2010, khasnya pelajar tingkatan 1UIA 2010.Moga anda semua akan menjadi pelopor kecemerlangan SSA akan datang.

Ini ada beberapa gambar yang penulis rakamkan sekitar seminggu mesyuarat pengurusan dan gambar pendaftaran pelajar baru sesi 2010.
















Thursday, December 17, 2009

Harapan Semua..


Dua gambar ni je yg boleh dipapar, itupun cut&paste sahaja.
Utk tingkatan 5 yg lain,minta maaf tak ada gambar nak ditunjuk,
InsyaALLAH penulis akan usahakan..









Salam semua Lepasan SPM 2009 SSA!
Anda semua telah melepasi satu ujian yg dinanti dan didambakan untuk berjaya sebagai penuntut di sekolah menengah.inilah yg akan mengukur pencapaian anda selama mana anda berada di SSA.Moga anda semua akan mendapat keputusan yg cemerlang..moga impian anda,harapan orang yg berada disekeliling anda akan dapat dicapai.
Kini anda berada dialam menanti keputusan, oleh itu mungkin ada ruang masa yang terluang, jadi isilah masa tersebut dengan perkara yang berfaedah...carilah,terokalah & bersedialah untuk menghadapi hari mendatang...perjalanan anda semua masih jauh,peluang dan ruang terbentang luas dihadapan anda semua jadi bijaklah memilih,mencari untuk masa hadapan anda yang gemilang.Jangan lupa untuk berdoa pada ALLAH,penentu seluruh hidup seorang hamba.
Akhir bicara,semoga anda semua akan mendapat keputusan SPM yg boleh dibanggakan,jadilah insan dan Hamba ALLAH yang baik,khasnya untuk subjek P.Islam,InsyaALLAH jika apa yg telah dipelajari diaplikasikan dlm peperiksaan,percayalah anda akan berjaya..utk 5UM doa saya sentiasa bersama anda semua...
Jangan lupa sentiasa lawat blog ni...bagi tahu kawan-kawan....