Sunday, May 9, 2010

Kem Pengukuhan Solat 2010
















Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kepada sesiapa yang melayari blog ini,dimaklumkan bahawa aktiviti dakwah yang telah diberi dana oleh KPM&JPNJ adalah program pengukuhan solat untuk pelajar terpilih dari kalangan tingkatan satu dan dua.40 orang telah dipilih oleh guru Pend.Islam tingkatan masing-masing.
Antara kriteria yang telah ditentukan untuk pemilihan pelajar untuk program ini ialah :
1.Pelajar yang tidak pernah solat.
2.Pelajar yang solat tapi tidak penuh lima waktu.
3.Pelajar yang lemah atau tidak tahu bacaan dalam solat.
4.Pelajar yang lemah sahsiahnya.
Kem pengukuhan solat SMKSA telah diadakan pada 2 hari yang lepas.Semua guru pend.Islam SMKSA telah memberikan komitmen yang tinggi dan mengharapkan ia mencapai objektif yang telah ditentukan.Ia berlagsung seperti berikut :
Tarikh : 8 Mei 2010(sabtu)
Masa : 8.00pg-5.00ptg
Tempat : Surau At-Taufiq SMKSA
Dalam sesi selama sehari ini,para guru telah mengembeling tenaga dan kemahiran untuk memberi sebaik mungkin maklumat dan tunjuk ajar agar pelajar yang dipilih ini jelas dan faham kaifiat solat,hikmahnya,tatacara dan adab bersolat.Pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan fasilitatornya adalah guru-guru yang telah ditentukan.Aktiviti ini akan berterusan sehingga 8 minggu seperti mana yang telah diarahkan.
Setiap minggu ia akan dipantau oleh fasilitator masing-masing dan para peserta ini perlu mengisi borang instrumen kekerapan solat setiap hari. Bagi peserta yang benar menunaikan solat sepenuhnya sepanjang 8 minggu dinilai, ia akan diberikan hadiah,begitu juga yang ada peningkatan dari segi bacaan dalam solat dan perubahan sikap. Seterusnya natijah terakhir akan dihantar ke JPNJ.
Program ini telah mendapat dokongan yang padu dari pihak pentadbiran sekolah.Buktinya TnHaji Norhaimi Bin Abdullah telah sudi memberi ucapan perasmian penutup untuk program pada hari tersebut.Moga apa yang dirancang mendapat redha ALLAH jua..