Wednesday, April 7, 2010

Majli Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010

Pembaca yang dihormati,
Majlis Maulidur Rasul 1431H/2010 telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 1 April 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Smk Sultan Alauddin
Masa : 7.00pagi- 2.00 tengahari
Rewang : 3.00 petang (Rabu)
Penceramah : Ustaz Abdullah Bin Ahmad,Pegawai Agama Felda Wilayah Selatan Johor.

Aturcara :
7.00 Pelajar dan Guru berkumpul dipadang
7.30 Pelajar dan Guru berarak seperti dalam Plan
8.00 Sarapan pagi
8.30 Persembahan pelajar
9.15 Ceramah
11.30 Kuiz
12.00 Makan tengahari
12.30 Berkemas
1.00 Bersurai

Sehubungan dengan itu 2 ekor lembu telah dikorbankan nkerana memenuhi hajat guru-guru yang menyertai program aqiqah bersempena majlis ini.Kepada mereka diucapkan tahniah dan terima kasih kerana kerjasama diberikan.guru-guru dan beberapa pelajar telah bersama-sama bergotong royong dari permulaan melapah,memotong,menyiang bawang dan sayur-sayuran serta bahan-bahan untuk dimasak.Malamnya guru-guru lelaki bertungkus lumus memasak daging briyani,nasi,dalca dan Sup tulang.Aktiviti ini berjalan lancar dan meriah.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh komited sehingga majlis selesai dengan jayanya.Semoga dengan majlis ini,kita akan mendapat redha ALLAH dan syafaat RasulNYA,murid-murid kita akan kenal siapa Rasul mereka,pengorbanan baginda,ketulusan hatinya dan Sunnahnya..