Sunday, January 3, 2010

Kembali bertugas setelah sebulan bercuti...

Salam kepada semua pelayar blog ini....
Mulai 28.12.2009 yang lalu aktiviti & tugas rutin kembali menjelma.Sesi persekolahan akan bermula pada 04.01.2010.Guru-guru mula menghadiri mesyuarat yang telah ditentukan tarikh dan mencakupi pelbagai bidang antaranya:
1.Pengurusan dan pentadbiran
2.Pengurusan akademik
3.Pengurusan HEM
4.Pengurusan KOKU

Bagi pihak KAA dan P.Islam Khususnya,serta sekolah amnya telah kehilangan dua orang guru yang berdedikasi.Ustazah Azlina Binti Abdul Latif dan Ustaz Abdul Aziz Bin Haji Omar.Masing-masing telah berpindah ke Shah Alam dan Sekolah Agama T6 Kluang,ini menyebabkan KAA dan P.Islam ketandusan guru Bahasa Arab yang berpengalaman dan guru P.Islam yang komited dengan tugasnya. Semoga penghijrahan mereka berdua di tempat yang baru akan beroleh kesejahteraan dan rahmat ALLAH.

KAA dan P.Islam juga berasa gembira sepertimana pepatah melayu menyebut patah tumbuh hilang berganti,SSA telah didatangi guru baru dan tetap bagi menggantikan Ustazah Azlina Binti Abdul Latif dan Ustaz Abdul Aziz Bin Haji Omar,mereka ialah :
1.Ustazah Hasliza Binti Abu Bakar
2.Ustazah Zakiati Bin Zakaria
Kedua-duanya berasal dari Kelantan,dan kita ucapkan 'Ahlan Wasahlan wamarhaban Bikum",selamat bertugas di SSA serta diharapkan mereka dapat mencurah bakti tanpa letih dan jemu.

Disamping itu juga,Pihak KAA dan P.Islam mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru Tingkatan satu 2010, khasnya pelajar tingkatan 1UIA 2010.Moga anda semua akan menjadi pelopor kecemerlangan SSA akan datang.

Ini ada beberapa gambar yang penulis rakamkan sekitar seminggu mesyuarat pengurusan dan gambar pendaftaran pelajar baru sesi 2010.
















Thursday, December 17, 2009

Harapan Semua..


Dua gambar ni je yg boleh dipapar, itupun cut&paste sahaja.
Utk tingkatan 5 yg lain,minta maaf tak ada gambar nak ditunjuk,
InsyaALLAH penulis akan usahakan..









Salam semua Lepasan SPM 2009 SSA!
Anda semua telah melepasi satu ujian yg dinanti dan didambakan untuk berjaya sebagai penuntut di sekolah menengah.inilah yg akan mengukur pencapaian anda selama mana anda berada di SSA.Moga anda semua akan mendapat keputusan yg cemerlang..moga impian anda,harapan orang yg berada disekeliling anda akan dapat dicapai.
Kini anda berada dialam menanti keputusan, oleh itu mungkin ada ruang masa yang terluang, jadi isilah masa tersebut dengan perkara yang berfaedah...carilah,terokalah & bersedialah untuk menghadapi hari mendatang...perjalanan anda semua masih jauh,peluang dan ruang terbentang luas dihadapan anda semua jadi bijaklah memilih,mencari untuk masa hadapan anda yang gemilang.Jangan lupa untuk berdoa pada ALLAH,penentu seluruh hidup seorang hamba.
Akhir bicara,semoga anda semua akan mendapat keputusan SPM yg boleh dibanggakan,jadilah insan dan Hamba ALLAH yang baik,khasnya untuk subjek P.Islam,InsyaALLAH jika apa yg telah dipelajari diaplikasikan dlm peperiksaan,percayalah anda akan berjaya..utk 5UM doa saya sentiasa bersama anda semua...
Jangan lupa sentiasa lawat blog ni...bagi tahu kawan-kawan....

Friday, November 6, 2009

Kursus Menyembelih 2009

Salam kepada Semua yg sudi membaca!

Pada hari ini (Khamis 6 Nov 2009), satu lagi aktiviti untuk lepasan PMR dijalankan untuk memenuhi jadual dan pengisian yang berfaedah. "Kursus Menyembelih"

Kursus ini dikendalikan oleh penulis bersama En.Norzihan bin Zianal dan dibantu oleh beberapa orang guru antaranya Cikgu Rusnah Jemadi,Cikgu Hashimah Tahir dan Cik Suryani Ahmad selaku penyelaras keseluruhan program lepasan PMR.

Aktiviti ini bertujuan:
1) Melahirkan insan yang dapat memenuhi tuntutan syarak dlm memilih makanan
yg halal dimakan mengikut hukum syarak seperti sembelihan yang diharuskan.
2) Mendedahkan cara berlaku ihsan terhadap binatang yg boleh dibunuh(sembelih)
dengan kaedah yg diharuskan islam.
3) Memberi peluang kepada sebahagian daripada peserta utk menyembelih
binatang (ayam) agar ia dapat dijadikan panduan pada masa hadapan.

Urutan aktiviti :
8.00pg : Semua pelajar tingkatan 3 berkumpul di surau
8.15pg : Teori sembelihan disampaikan oleh penulis bersama handout
9.20pg : Praktikal sembelihan,dimulakan dgn tunjuk cara dan disusuli dgn pelajar
menyembelih sendiri ayam tersebut.
10.00pg : Ayam dihantar proses dan potong
10.20pg : Ayam dibersihkan dan digoreng untuk dimakan oleh peserta dan guru-guru.
12.00pg : Kursus tamat.

Pelajar lelaki bersedia utk menyembelih Tunjuk cara oleh penulis.......

Seorang dari pelajar lelaki menyembelih Norbaiti juga turut meyembelih....

Fazril turut sama
menyembelih.. Sebahagian pelajar melihat demonstrasi
Salah seorang peserta perempuan menyembelih Ayam dihantar utk diproses...
Cikgu Rusnah khusyuk menggoreng.. antara pembantu didapur Aisyah,Rohani,
Zahidah & Baiti
Aidil jejaka Malaya diperhatikan... aktiviti kemuncak..
Makan!!!!

Mengecat Surau At-Taufik

Hari ini 5 Nov 2009,aktiviti untuk lepasan PMR ialah mengecat surau At-Taufik SMKSA.Aktiviti ini telah diselenggarakan oleh Ustaz Muhammad Azran Mustafa dan Ustaz Abdul Aziz bin Hj Omar.

Semua pelajar lepasan PMR yang hadir pada pada hari tersebut diminta untuk membersihkan dan mengecat surau.Aktiviti bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 ptg.Hujan mencurah-curah ketika aktiviti berlangsung,namun ia tetap diteruskan.Antara objektif aktiviti ini ialah :
1) Membersihkan dan menceriakan surau
2) Mengisi jadual aktiviti lepasan PMR dengan program kebajikan
3) Memupuk semangat gotong royong di kalangan pelajar














Ustaz Azran & Ustaz Aziz bersiap sedia utk mengecat














Antara beberapa pelajar yg turut serta

Pelajar perempuan juga turut membantu

Thursday, October 22, 2009

Catatan yang lalu

Salam semua untuk yang sudi menjengok ke blog ini,
Akhir-akhir ini,mood penulis untuk mengedit dan menulis dlm blog ini agak menurun.Penulis agak sibuk memenuhi tuntutan kerja yang semakin hari semakin bertali arus.Mungkin kesempatan ini ingin penulis maklumkan aktiviti dakwah minggu lalu ialah :

Bacaan yasin kemudian disusuli oleh alunan Marhaban yang di ketuai oleh En.Hamzah Bin Haji Din,pada hari jumaat yang lalu .Semua guru dan pelajar sama-sama mengalunkan Marhaban menandakan kasih dan sayang pada Rasulullah.Majlis ini bersempena Sambutan Aidilfitri peringkat SMKSA 2009,susulan itu juga para guru sama-sama menyediakan juadah dari rumah dan dimakan bersama-sama semasa waktu rehat.

Diharapkan sambutan sebegini memberi makna yang besar dalam meraikan hari perayaan dalam islam dan mengeratkan ukhwah persaudaraan sesama warga SMKSA.











Tuesday, October 13, 2009

Mengenang Orang yang dah pergi..bila lagi giliran kita?

Assalamualaikum semua yang sudi mengikuti blog ini..



Hari ini barulah penulis sempat untuk mengupdatekan catatan dlm blog ini,agak lama blog ini tidak memaparkan maklumat terkini..

Penulis terkenangkan salah seorang pelajar yang penulis sempat bersamanya dan mungkin sedikit mencurah pengetahuan kepada beliau sebelum beliau pulang kerahmatullah.Kenangan bersamanya masih segar dlm ingatan penulis.

"Siapa nak beli buku nota Pend.Islam PMR? mudah-mudahan buku ini blh membantu kamu semua untuk menjawab soalan nanti",tanya penulis kepada semua pelajar 3USM..serta merta salah seorang dari mereka mengangkat tangan,"Syazwan Satiman! awak nak beli?" Ya Ustaz..diantara ramai yang belum membeli buku tersebut, beliaulah yang berminat membelinya dengan duit raya yang beliau kumpulkan tempohari.

Tidak disangka,itulah pertemuan terakhir penulis bersama beliau,seingat penulis beliau adalah seorang yang periang,mesra namun lebih bersifat pendiam.Tersengih bila disapa,juga menampakkan gigi bila dimarah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah,juga mengukir senyuman bila disindir,beliau bukanlah pelajar yang tidak beradab tapi lebih kepada mengikut lagak dan laku kawan setingkatan.

Kenangan bersama beliau penulis nukilkan kerana,beliau juga adalah penunjuk jalan bila penulis dengan Cikgu Ahmad Husaini ingin memancing pada hari minggu dua tiga bulan yang lepas di sungai Rantau Panjang,beliau bersama Nuriman siap menunggu di pengkalan dan menunjukan tempat-tempat yang baik untuk memancing..

Terasa hiba dan pilu,bila orang yang kita kenal dan pernah bersama walaupun hanya beberapa ketika tiba-tiba meninggalkan kita....beliau terlalu muda untuk disoal oleh Mungkar dan Nakir,terlalu cepat tempoh masa hidup dan akan dihisab di Mahsyar nanti.Itu lah yang mungkin menerjah bilamana berita kematian beliau sampai pada pengetahuan penulis..

MaasyaALLAH,Innalillahi Wainna Ilaihi rajiuun..ajal telah menjemput beliau..bila pula akan sampai giliran kita,ajal tidak mengenal usia,pangkat,kemewahan,senang atau susah,jika ia datang pasti jasad dan ruh akan terpisah,alam dunia menjadi kenangan,alam barzakh tempat menunggu dan akhirat adalah tempat perhitungan dan kekal abadi.Hari ini berlalu sudah PMR,berlalu juga kenangan bersama beliau yang juga calon PMR,kertas Pend.Islam sempat beliau duduki,mungkin itulah pencapaian yang paling akhir beliau tinggalkan.Sama-samalah kita tunggu keputusan PMR beliau walaupun tak sempat kepenghujungnya.

Semua warga SSA amnya dan pelajar-pelajar SSA khasnya,ambillah ini sebagai iktibar untuk terus menjalani hidup ini dengan taat dan patuh pada perintah ALLAH,kita tidak akan kekal didunia ini,janji ALLAH tetap akan terlaksana, yang hidup pasti akan mati,hanya menunggu ketika dan saatnya sahaja.

Buat keluarga Allahyarham salam takziah atas pemergianya,Doa kita moga Ruhnya dibawah naungan rahmat ALLAH,segala amal semasa hidup diterima dan diberi ganjaran selayaknya.Akhirat kata, marilah kita hadiahkan AL-FATIHAH untuknya..entah bila pula giliran kita?

Thursday, October 1, 2009

Lihatlah,Dengarlah dan Fahamilah sesungguhnya Islam itu Benar....

Al-Quran Dan Injil Debat DR Zaki Naik vs DR William Campbell Dlm Bahasa Indonesia