Wednesday, April 7, 2010

MTQ Daerah...SMKSA Kecundang..

Majlis MTQ Daerah Kulai telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 3 April 2010
Tempat : SMK Senai
Masa : 8.00pagi- 2.00petang
Penutup rasmi oleh : Tn pegawai PPD Kulaijaya.











Tn PPD KulaiJaya, memberi ucapan dan amanat pada majlis tersebut.

Majli Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010

Pembaca yang dihormati,
Majlis Maulidur Rasul 1431H/2010 telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 1 April 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Smk Sultan Alauddin
Masa : 7.00pagi- 2.00 tengahari
Rewang : 3.00 petang (Rabu)
Penceramah : Ustaz Abdullah Bin Ahmad,Pegawai Agama Felda Wilayah Selatan Johor.

Aturcara :
7.00 Pelajar dan Guru berkumpul dipadang
7.30 Pelajar dan Guru berarak seperti dalam Plan
8.00 Sarapan pagi
8.30 Persembahan pelajar
9.15 Ceramah
11.30 Kuiz
12.00 Makan tengahari
12.30 Berkemas
1.00 Bersurai

Sehubungan dengan itu 2 ekor lembu telah dikorbankan nkerana memenuhi hajat guru-guru yang menyertai program aqiqah bersempena majlis ini.Kepada mereka diucapkan tahniah dan terima kasih kerana kerjasama diberikan.guru-guru dan beberapa pelajar telah bersama-sama bergotong royong dari permulaan melapah,memotong,menyiang bawang dan sayur-sayuran serta bahan-bahan untuk dimasak.Malamnya guru-guru lelaki bertungkus lumus memasak daging briyani,nasi,dalca dan Sup tulang.Aktiviti ini berjalan lancar dan meriah.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh komited sehingga majlis selesai dengan jayanya.Semoga dengan majlis ini,kita akan mendapat redha ALLAH dan syafaat RasulNYA,murid-murid kita akan kenal siapa Rasul mereka,pengorbanan baginda,ketulusan hatinya dan Sunnahnya..


Panel Pembuat Soalan Bahasa Arab Daerah Kulai 2010

Salam Semua!

Gambar ini adalah rakaman dari pertemuan guru-guru Bahasa Arab Daerah Kulai pada 27.3.2010( Sabtu) yang lalu bertempat di SMK Tuanku Abdul Rahman Putra bagi membina dan membuat soalan Bahasa Arab Tingkatan satu,Dua dan Tiga untuk peperiksaan pertengahan tahun 2010.Antara panel yang dipanggil dari SMK Sultan Alauddin Adalah penulis sendiri dan Ustazah Haryani Bt Tukiran.
Semoga dengan permuafakatan ini akan menambah baik prestasi Bahasa Arab di setiap sekolah seterusnya pelajar memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Tuesday, February 23, 2010

Majlis Penutup Minggu Tahbibullughah

Assalamualaikum Warahmatullah...

Kepada pelayar blog ini,gambar-gambar in adalah rentetan dari program penutup Minggu Tahbibullughah SMKSA untuk tahun 2010.
Sedikit makluman program tersebut ialah,program ini telah dijalankan oleh Ustazah Suzan Shamsudin diperingkat awalnya,namun oleh kerana beliau dapat berpindah ke Pahang,program diteruskan oleh warga Panatia Bahasa Arab dan P.Islam, mereka yang terlibat ialah Ustazah Haryani Bt Tukiran,Ustaz Ahmad Jamil Bin Haron,Ustazah Wan Shuherda Fadilla dan Ustaz Muhamad Azran Bin Mustafa.Program penutup ini telah berlangsung pada 13.02.2010 (jumaat) sebelum cuti Tahun Baru Cina yang lalu.Semua pelajar KAA dari setiap tingkatan dijemput bersama-sama dalam majlis tersebut.Antara aturcaranya ialah :
1.Bacaan Doa
2.Ucapan Penyelaras KAA
3.Ucapan Penolong Kanan HEM SMKSA(En.Mohamed Rozi Bin Ali)
4.Persembahan pelajar
5.Penyampaian Hadiah
6.Penutup










Thursday, February 4, 2010

Hayya Nabda' bi tahbibil Lughah...

Ahlan wasahlan bikum......
Ucapan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan satu 2010,khasnya pelajar aliran KAA.Aktiviti tahbibul Lughah telah dijalan sepanjang bulan ini dengan bimbingan Ustzh Suzan Bt Shamsudin.Taaruf,perbualan dalam bahasa arab,mengenali nama tempat, arah,bertanya khabar dan lain-lain lagi telah didedahkan kepada mereka sebagai pelajar aliran KAA yang akan belajar bahasa arab.Semoga dengan program tersebut,mereka akan dapat menerima bahasa arab sebagai subjek penting kepada mereka sepanjang berada di SSA.










Kumpulan pelajar yang dibimbing untuk berkomunikasi oleh Ustzh.Suzan









Berbual secara kumpulan,dan perbualan secara berpasangan, aktiviti ini dijalankan dikantin sekolah.

Budaya Al-Quran Setiap Jumaat











Ini adalah aktiviti rutin pada setiap jumaat bagi SMK Sultan Alauddin, antara aktiviti yang di susun sepanjang tahun ini ialah :
1) Solat Hajat
2) Bacaan Yasiin
3) Bacaan Ma'thurat
Semua aktiviti ini dijalankan secara bergiliran minggu demi minggu sepanjang tahun.Semua pelajar dan guru sama-sama beraktiviti pada hari tersebut.Gambar yang dipaparkan ini adalah rakaman pada minggu lepas,yang mana sesi tahlil juga di adakan khas untuk Kebawah Duli Almarhum Sultan Iskandar,kerana kemangkatan baginda pada minggu sebelumnya.Semoga ALLAH merahmati baginda Almarhum..itu doa dari kami warga SMKSA..Amiinnn...

Berita bulanan yang tertangguh

Antara aktiviti dakwah yang rutin dijalankan untuk pelajar SMK Sultan Alauddin adalah Aktiviti Amali Solat,ia dijalankan pada setiap hari persekolahan bagi setiap Tingkatan kecuali hari jumaat.
Aktiviti ini dibahagikan kepada dua bahagian.Bagi pelajar yang boleh solat khususnya pelajar perempuan,mereka kekal disurau manakala yang uzur akan berada dikantin dan akan diuruskan oleh guru GPI wanita.Sesi tazkirah telah dibuat perubahan masa,sebelum ini tazkirah ketika habis solat,tetapi untuk tahun 2010 ini sesi tazkirah dijalankan sebelumnya.Antara guru yang bertugas untuk sesi ini pada setiap hari adalah penulis sendiri dan Ustz Muhammad Azran Mustafa dan dibantu oleh GPI yang lain.Diharapkan amali solat pada tahun ini akan memberi manafaat yang besar untuk pelajar SMK Sultan Alauddin dan sebagai satu pengisian amat bermakna ketika mereka disini.