Friday, September 18, 2009

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran & Ucapan Aidilfitri


Tn.Hj Jumali & para guru bersalaman dgn pelajar

Pelajar beratur dan menunggu giliran utk bersalaman bersama guru-guru.

Guru wanita turut sama dalam majlis khatam Al-quran

Sebahagian pelajar perempuan tekun mendengar pesanan pengetua.

Tn.Hj Jumali bersedia menyampaikan duit raya

Cikgu Buliah,Tn Hj Norhaimi bersalaman dgn pelajar

Antara pelajar yatim/miskin yg menerima duit raya

Barisan guru wanita sedang bersalaman dgn pelajar perempuan

Para guru juga sedang memberi perhatian pada ucapan pengetua.

Salah seorang pelajar perempuan penerima duit raya.
Org kuat SMKSA,En.Hamzah Din sedang merenung mencari idea utk berucap, juga dibantu oleh
Kak Shimah dan Hjh Salmiah.
Tn.Haji Jumali menyampaikan pesanan kepada semua pelajar dan guru,antara pesanan beliau ialah :
1.Kepada semua calon PMR & SPM walaupun beraya tetapi jgn lupa pelajaran,
peperiksaan makin hampir kecemerlangan adalah ditangan pelajar.
2.Ganjaran bermula dari RM1000 untuk calon PMR & SPM yang mendapat
semua A dlm setiap subjek.
3.Berhati-hati dijalan raya kepada semua,khasnya guru-guru yang balik kampung.

Pelajar yatim & miskin yang diraikan semasa majlis berbuka puasa
Ajk PIBG dan para guru bertahlil sebelum berbuka berbuka puasa
Salam Semua!
Aktiviti Ihya' Ramadhan bagi SMKSA pada tahun ini dapat dianjurkan dengan jayanya.Kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar amat dihargai.Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang ramadhan kali ini ialah :
1.Tadarus Al-Quran oleh setiap guru
2.Tadarus Al-Quran oleh pelajar setiap tingkatan dengan bimbingan GPI
3.Tazkirah ramadhan pada waktu rehat
4.Majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan miskin
5.Sumbangan kurma kepada semua warga sekolah
6.Khatam Al-Quran dan Ucapan Hari Raya
Pada hari semalam (khamis) 17.09.2009 SMKSA telah menjalankan aktiviti khatam Al-Quran dan ucapan Aidilfitri (aktiviti kemuncak)sempena sekolah akan bercuti dan semua warga SMKSA akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Antara acara dalam majlis tersebut ialah :
1.Khatam Al-Quran beramai-ramai bersama guru-guru pelajar dan kakitangan
2.Ucapan wakil pelajar,wakil guru dan Pengetua
3.Penyampaian duit raya pada pelajar yatim yang miskin
4.Bersalam-salaman sesama warga SMKSA
Semoga aktiviti kita bersama usahakan ini, akan dapat melahirkan pelajar yang kuat berpegang pada islam dan mendapat keredhaan ALLH SWT Amiin...