Thursday, May 6, 2010

Aktiviti Mingguan dan Harian Dakwah..

Aktiviti dakwah mingguan tetap berjalan seperti biasa,bacaan Yasiin,Ma'thurat dan Solat Hajat adalah aktiviti bergiliran bagi setiap jumaat..aktiviti ini juga kadang kala diikuti dengan tahlil bagi ahli keluarga pelajar atau kakitangan mahupun guru-guru yang baru meninggal dunia...Aktiviti pengisian dakwah setiap hari pula ialah :

1.Pengukuhan Syahadah setiap pelajar diminta bersyahadah sebelum membaca doa setiap
kali guru masuk kelas.
2.Doa pagi,seorang wakil pelajar akan membacakan doa serta diaminkan oleh semua warga
sekolah diawal pagi persekolahan.
3.Memperdengarkan bacaan AL-Quran setiap pagi sebelum loceng berbunyi.
4.Memperdengarkan ASMAUL HUSNA setiap pagi sebelum doa.
5.Penerapan amalan memberi salam sesama warga sekolah.
6.Amal Maa'ruf nahi mungkar oleh setiap pelajar.
7.Amali solat dan tazkirah oleh guru pada setiap hari berlaku amali solat bergiliran.

Diharapkan dengan pengisian aktiviti sebegini akan melahirkan insan yang sentiasa ingat dan patuh pada perintah ALLAH dan menjadi khalifah yang baik dimuka bumi ini.